Sunday, June 8, 2008

Kenapa aku tidur sampai 8 jam pada siang hari Ahad ?

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Tentulah aku tidur disiang hari ahad kerana aku tidak keluar dari rumah kecuali keluar untuk menghimpunkan@menjamakkan sarapan dan makan tengah hari diwaktu sarapan pagi.

timbul 2 soalan baru:

i-kenapa aku tidak keluar rumah kecuali untuk makan sahaja?
ii-kenapa aku makan sarapan dan tgh hari dengan satu meal sahaja?

jawapan kepada teka teki dan 2 soalan diatas ialah, tentunya sebab aku terpaksa bajet duit kerana setiap kali keluar aku perlu menjelajah jauh utk makan, dan menjelajah jauh memerlukan bajet petrol, jadi selamat tinggal alamanda, aku tak dapat melawatmu lagi, jangan rindui aku wahai bos stesen minyak kerana aku tak dapat selalu datang utk swipe card credit aku lagi, jangan rindui aku selalu ayahanda dan bondaku dikampung, aku tidak lagi mampu balik 3 kali seminggu, aku sedih kerana sudah tidak dapat pulang selalu untuk berjumpa family ku di kampung. selamat tinggal plaza2 tol, selamat tinggal genting, desaru, telok cempedak dan pantai batu burok, semoga pantai2 negara kembali bebas dari sampah sarap kerana pembuang sampah tiada lagi mengunjunginya dan dengan ''federal reserve'' aku yang jatuh teruk, aku tak terbayang bagaimana dengan orang ramai yang berpendapatan jauh lebih rendah dari diriku ini survive dalam kehidupan harian mereka.

hari jumaat lepas selepas 2 hari kenaikan petrol berlaku, pemerintah dengan selambanya menghina solat jumaat. antara kandungan khutbah kali ini di masjid salak tinggi selangor (aku cuti pada hari itu maka aku solat di salak tinggi)

tajuk: patuh kepada pemerintah.

- sahabat2 nabi pada masa lampau sanggup menafkahkan seluruh harta demi kepentingan perjuangan nabi dan islam.

- patuh pada pemimpin perlu dalam islam

analisis, atau maksud sebenar:

-sahabat2 nabi mengorbankan harta benda mereka untuk kepentingan perjuangan nabi dan agama islam, subliminal mesej di belakang----jadi kita patut bersedia korbankan sedikit harta kita demi untuk perjuangan bendahara malaysia dengan cara bayar lebih untuk minyak. the differences are, nabi tiada kapal layar mewah, tiada kapal terbang persendirian, tiada banglo serba mewah seperti tuan bendahahara, the differences are, nabi hidup miskin dan tahu bagaimana penghidupan orang miskin, sedangkan bendahara hidup senang lenang bagaimana bendahara boleh tahu kesengsaraan rakyat? harta benda yang didapati oleh nabi digunakan untuk memperjuangkan agama Allah, sedangkan perjuangan bendahara tidak lain hanya untuk mengukuhkan kedudukan politik bendahara sahaja.....

-janganlah menggunakan khutbah jumaat untuk kepentingan bendahara untuk memujuk rakyat. sebab daripada 7 hari cuma hari ini sahajalah hari yang mana mereka beramai2 ke masjid berjemaah untuk mengingati Allah tapi bendahara mengarang khutbah jumaat supaya mereka mengingati bendahara pada hari jumaat juga? dan jangan lah menghina nabi dengan menyamakan diri bendahara dengan baginda nabi Muhammad SAW, kemudian mengharap rakyat berada dibelakang bendahara seperti sahabat dibelakang nabi......

wahai bendahara, bacalah blog saya ini, supaya bendahara mendapat pendidikan, janganlah bendahara asyik tido sahaja seperti saya yang lapan jam tido hari ini. dan kalau dah terbangun dari tido janganlah pula menanyakan anak menantu ape yang telah berlaku sewaktu bendahara tido tadi.

No comments: