Wednesday, August 20, 2008

Not Healthy

salam, aku dalam keadaan not healthy, sama macam equipment metal detector kat plant aku. mula2 contractor cakap nanti akan buat readjustment, sebulan dua lepas cakap nanti , 2 minggu lepas cakap nanti, 2 hari lepas cakap nanti, nanti tu bila? masa contractor tak cukup agaknya sebab tu asik guna perkataan nanti, aku pun tak cukup masa nak update blog,so jangan menunggu aku tulis blog......

bila sampai hari yang dinantikan, kontraktor buat readjustment, set kepada lowest sensitivity, even at lowest sensitivity, metal detector tu still trip. maknanya utk setting paling rendah, metal detector tu masih lagi terlalu sensitive. terlampau sensitive seperti sensitivenyer aku. yer aku sangat sensitive, ade masalah ker kalau aku sensitive? kalau ader masalah sorry, kalau takde masalah boleh blah.......

maka kontraktor mengerahkan segala coolienyer mencari logam2 yang berjaya men'trip'kan the so called 'Ultra Search Metal Detector' singkatannya USMD, version berapa punye controller aku dah tak ingat. the best part is, tak jumpa ape2 logam, jadi apekah sebenarnya yang didetect olehnye sehingga trip? maka kulihat kiri dan kanan cuma ade sampah yang ditinggalkan oleh kontraktor yang seolah2 sedang bermain permainan masak2 dalam plant....

Ultra Search Metal Detector kini telah ku gelarkan Ultra Sampah Metal Detector. sesuai dengan kerjanya iaitu mengesan sampah sarap. di samping mengesan sampah, ia juga mengesan dirinya sendiri kerana dirinya sendiri adalah sampah kerana ia beroperasi seperti sampah. kalau ikut logik akal ia juga mungkin mampu mengesan kontraktor berhampiran, kerana kontraktor yang sampah saja yang sanggup membeli sampah untuk kegunaan plant aku.....

same version available at
http://syedalattas.blogs.friendster.com/my_blog/