Wednesday, October 26, 2011

Kecelakaan

Salam,
Hari ahad lepas 23 haribulan, daku telah ditimpa kecelakaan jalan raya di hadapan seremban rnr, highway plus.
Dengan rasmi kami nama kan kes ni sebagai kes penangan keling, sebab keling yang langgar belakang.

Habes hybrid insight aku. Kete baru jer kuar, maybe bayar zakat tak cukup. Agaknyelah.Perkara ni menyebabkan daku patah kaki selama dua minggu. Siot jer. Dahulu disisihkan kerana paras rupa, sekarang disisihkan pula kerana tiada harta.

By the way kami sedang berkira kira memulakan bisnes sport rim half cut....yer benar, kami, maksudnye seorg lagi adalah rakan opis daku. Sekarang dah pukul 5 ptg sekejap lagi nak balik rumah, selamat bercuti dan selamat berhujung minggu.

A ssalamualaikum.

P/S: After this banyak ler gambar2 sport rim kuar dekat blog ni...thehehe.

Saturday, October 15, 2011

Kenal

Mana cukup nak kenal manusia dua tahun?

Sunday, October 2, 2011

Salam. Nabi Muhammad Saw bukanlah manusia biasa. jika dikata ia manusia biasa, manusia biasa tak lepas dari berbuat dosa. Tapi nabi tiada berdosa. Nabi adalah manusia lelaki pilihan Allah. Pilihan Allah tentulah pilihan yang istimewa, bukan pilihan biasa.

Wednesday, September 28, 2011

Salamualaikum Hari ni sedang berfikir sama ada aku patut join stock market lagi atau tidak.....
Salam. Semalam 27 september datuk sebelah ayah meninggal dunia, hampir2 setahun selepas ayah meninggal dunia. Al-fatihah untuk mereka.

Thursday, September 15, 2011

dengardengar2

Salam, ia telah mendengar sesuatu perkataan lama sebelum perkataan itu diucapkan, ia merancang ape yang ia mahu dengar, ia rancang ape yang ia mahu dengar dari setiap ciptaannya. Ia merancang untuk mendengar puji2an terhadapnya dari makhluknya. Dan makhluknya memujinya secara sedar atau terpaksa.

Mendengar dan melihat

salam, Ia mendengar bukan dengan telinga , Ia melihat bukan dengan mata, Ia mendengar tanpa perantaraan, Ia melihat tanpa perlukan cahaya. Ia mendengar setiap suara, suara perlahan atau suara gegak gempita. suara halus tidak didengarnya perlahan, suara jeritan tidak didengarinya kuat. terang dilihat jelas oleh ia tiada beza dengan sesuatu yang berada didalam kegelapan. Ia mendengar suara yang diluahkan, ia mendengar suara yang disimpan, ia melihat sesuatu yang berbayang, ia melihat sesuatu yang tidak berbayang, ia Allah tuhan yang maha mendengar dan maha melihat.

Saturday, September 3, 2011

tukar nama


salam, sebab nama nickname sihensem tu macam nama yang syok sendiri aje, jadi kene tukar name nickname i'm the 7th out of 313, dgn cara ini dptlah secara tidak langsung berharap dapat jadi seperti nama diatas. hehe.

Friday, September 2, 2011

ilmu huruf

Salamualaikum. sedang mencari2 guru yang boleh ajarkanku ilmu huruf. kalau ade sesiapa terbaca blog aku ini dan tahu mengenai guru2 yang mengajarkan ilmu huruf hijaiyah ini, diminta jasa baik tuan2 supaya dapat memaklumkan contact no, detail guru tersebut kepada ku, mudah2an dapatlah saya belajar ilmu tersebut dan dapat lah tuan2 pahala yang tidak putus setiap kali saya belajar dan mengamalkan ape yang saya belajar itu, terima kasih berbanyak2.

Saturday, August 27, 2011

wali 9 sunan kalijaga

‎(Sunan Kalijaga berkata, memaparkan pengetahuannya.
Hendaknya waspada pada yang berikut ini.
Janganlah ragu-ragu. Lihatlah Tuhan secara jelas.
Tapi, bagaimana melihat-Nya.
Karena Tuhan itu tidak memiliki rupa.

Tuhan tidak berarah dan tidak berwarna.
Tidak ada wujud-Nya. Tidak terikat oleh waktu dan tempat.
Sebenarnya Ada-Nya itu tiada.
Seandainya Dia tidak ada,
maka alam raya ini kosong dan tidak ada wujudnya.)

Yosh Selamat Hari Raya.

Salamualaikum.

Di ucapkan selamat hari raya kepada orang-orang yang berpuasa. Semoga dapatlah kita berhari raya nanti dalam keadaan gembira kerana berjaya tak makan+minum+hisap rokok selama 30 hari berturut2.

kalau boleh berzikirlah lebih2 mengingati Allah. mudah2an Allah ingat pada kita kembali dengan lebih2 lagi. janganlah kita berzikir mengingati baju raya, kasut raya, barang raya, kawin lepas raya, selain dari Allah, kerana baju raya tidak dapat menyelamatkan kita dari siksa kubur atau azab neraka, melainkan baju raya yang kita sedekahkan pada anak yatim/org miskin....tapi ini pun belum tentu.

maka Allah lah juga tempat bergantung harap dan kasih. dan ketika menaip post ni sedang berfikir ade kemungkinan diri ini mati sambil dibelit ular macam dalam citer Tanah Kubur.terus tak ade mood nak menaip.

sekian terima kasih.