Sunday, March 21, 2010

petir dan guruh

Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.

Sunday, February 7, 2010

tuhanku sangat baik kepadaku...

Salam. maka sangat baiklah tuhanku Allah pada diriku ini. semakin banyaklah ilmu yang diajarkan olehnya kepada ku, semakin banyak juga rezeki yang dilimpahkan kepada ku, serta perlindungan daripadanya yang tidak putus2. sebenarnya tertinggilah kebesaran tuhanku yang maha mulia. amat mulialah Allah, serta sempurnalah Allah serta mahasuci Allah.

maka kerana tiadalah kekuatan melainkan kekuatan Allah,kuserahkan diriku sepenuhnya kepada tuhanku walaupun pada keadaan yang sebetulnya,aku tidak mempunyai sesuatu apapun untuk diserahkan kepada tuhanku kerana diriku ini pun bukan milikku. jasadku ini bukan milikku, ruhku ini juga pun bukan milikku.

aku tiada mempunyai apa2 kecuali yang diberi pinjam oleh Allah kepadaku. wahai tuhanku, berilah keredhaanmu kepada ku...