Wednesday, August 8, 2012

Semoga selamat semua

Salam. Lagi seplo hari kita akan menyambut hari raya, selamat hari raya. Lebih kurang seplo sebelas hari kemudian kita sambut hari merdeka, selamat hari merdeka. Kendian lagi tiga empat bulan lepas tu kita sambut tahun baru, selamat tahun baru. Seplo hari sebelum tahun baru hari lahir somebody, selamat hari lahir to that somebody, kemudian dari selepas itu ade yang akan jadi pengantin, selamat pengantin baru. Kemudian dari itu somebody dapat anak, semoga selamat melahirkan. Kemudian entah bila bila kita tak tahu somebody mati, selamat hari mati to that somebody.Eh silaplah pulak, tak boleh kata selamat hari mati, sebab mati ni jadi bila dah tak dapat diselamatkan. Even kalau dah mati pun belum tentu selamat. Salam.

No comments: